10 October 2008

Cinta Ibarat Menunggu Bas

Cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, ko nengok bas tu dan ko kata pada diri ko,
"Eee...penuhnya. ..tak de tempat duduk."
Jadi, ko katakan pada diri ko,
"Aku akan tunggu bas yg lain."
Ko pun biarkan bas tu berlalu dan ko tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Ko nengok bas tu dan ko akan cakap,
"Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan."
Jadi, ko pun biarkan bas buruk tu berlalu dan ko bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni ko kata,
"Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi ko biarkan bas tu berlalu dan ko bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru ko perasan yg ko pula dah terlambat rupanya. Ko mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah ko sedar bahawa...Ko dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni ko dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg ko nak....

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah ko dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk ko?

Jadi, mengingini apa yg ko idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau ko sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya ko dapati "bas" itu tak sesuai dengan ko, apa yg perlu ko lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi...aku pasti ko semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Ko nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg ko nanti-nantikan) , ko tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak ko dan terus berlalu tinggalkan ko!

....Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, ko akan terjatuh dan menyakiti diri ko sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada ko nak naik dan beri peluang pada bas tu...
semuanya terpulang pada diri ko.

Dan bila ko berjalan, ko sebenarnya cuba melarikan diri daripada Cinta!

0 comments: