31 March 2009

Aku X Gila!!!!!!!!!!

5.13 pagi
31 Mac 2009

Sesuatu menimpa diri ku..
walau xnampak, tapi perit..
bila aku bukak sesuatu je, terus..aku rasa macam blem..
erm..ape nak jadi dengan aku nie..
apakah banyak dosa?..
patut ke aku teruskan lagi..
walaupun hari2 nampak kelam..gelap..
macam2 menimpa pala otakku nie..
aku rasa macam tak waras lagi dah..

masuk awal pagi nie..dah 8 ari aku xtido malam..
aku berjaga..
bukan xnak tido, tapi mmg aku xdapat nak tido..
bagai hujan problem datang ke arah aku..
merintik2 penuhi otakku..
ntah apa yang aku pikir kan lagi..
2 yang indahnya jadi lembu..
xde masalah sangat..
xyah nak pikir ribut-ribut..

macam ne skrg nie?..
patut ke aku macam nie?..
atau aku harus lupakan sesuatu n mencari sinaran yang baru?..
ermm...
ntah la..

klu lepas nie aku gila N x waras lagi,


Sila Hubungi Saya Di Nombor 012-xxxxxxx..




Jika ia sebuah cinta
Ia tidak mendengar
Namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hanya berjanji
Namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta
Ia mungkin tidak suci
Namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Tapi..
Jika ia sebuah cinta yang membuatkan diri gila
Aku lebih rela gila.

Jika aku gila
Tiada lagi cinta..Dariku.

-k'rOL-


Cinta sejati bagi aku adalah apabila kita percaya yang ia bukan milik kita.
Cinta sejati ada dalam hati, saling memberi dan merasa.
Tetapi bukan memiliki. ~ k'rOL


0 comments: