30 August 2008




:::: Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya - SeDih.. ::::

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik
main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.
Terkenang

zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan.
Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek
kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz
'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.
Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan
pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong

melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi
berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki
hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang
duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang
itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil
menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi!
Engkau rupanya! Apa kau buat

tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik
Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu
Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman
bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim
tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan
Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya.
Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena
dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam
ada masalah je..." tegur Raiz.

Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu
menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.
Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah
kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu
kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak
peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak
ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf
Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!"
Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau,
pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita.
Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah
aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi
teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini
susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau
ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak
maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku,
nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat
sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari
hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama
kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga
larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya
terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil
tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!"
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama
ayah dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau
tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?"
jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah
terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di
malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah
yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan
padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata
arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah
nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai
hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni
datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi
pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci
disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku!
semoga kau tenang dan aman di sana! moralnya: jgn lupa kawan dan
rajin2lah bertanya kabar

29 August 2008

Kenapa hidup kita ini tak pernah pun puas. Hidup ini memang macam roda, sekejap di atas n sekejap di bawah, tapi kenapa pelik kan, kenapa kesedaran tak datang2 tuk ke jalan kebaikan. Mungkin belum dapat hidayat,katanya. Tapi bila ia nak datang. Adakah bila kita ditutupkan kedua2 belah mata ia datang. Dah terlambat. Hidup kat dunia ni memang banyak dugaannya. "Segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat" kata A. Samad Said dalam Benih Semalu. Kadang2 betul juga kata ahli sasterawan ni. Kejar harta. Kejar pangkat. Kejar wang ringgit. Tapi adakah ia berkekalan sampai ke ujung jalan nafas kita... Memang sukar untuk kita mengetahui apa yang berlaku akan datang tapi kita mampu membayangkan tentang masa depan.

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

28 August 2008

JENIS-JENIS COUPLE

Semua Huraian aku nie berdasarkan pemikiran aku!! Rasanya betol Kot..


Awek cun + balak hensem
Couple nie rileks ja.
Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan.
Orang lain pun senang melihat diaorang.

Awek cun + balak tak hensem
Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem.
Kalau perhatikan balak itu, dia menunjukkan muka bangga sebab dia punya awek cun. Kadang-kadang balak tu mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem.
Boleh diperhatikan jugak,balak tu suka buat lawak yang tak seberapa lawak tuk kasik tambat hati aweknya (tapi itu awek jarang ketawa, cuma senyum manis sahaja).
Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.

Awek tak cun + balak hensem
Korang boleh nampak awek tu mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tak nak kasi lepas.
Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jugak kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku.
Lepas tu, kalau ada awek cun lalu tepi, ini awek tak cun mesti buat jelingan maut terhadap awek cun tu macam nak makan orang…
Inseculity problem..

Awek tak cun + balak tak hensem
Ini couple tak ada sapa peduli kan..
no komen..

Group of girls + 1 guy
Selalunya berlaku di kedai makan..
Seorang lelaki di kelilingi kawan-kawan perempuan nya.
Sungguh seronok kalau dapat mendengar perbualan meleka.
Korang akan perasan, sambil mereka makan, lelaki tu mesti cakap paling banyak sambil buat lawak yang tak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)

Awek cun berpakaian seksi
Ramai orang melihat awek ini.
Tetapi awek ini tak kisah sebab besar kemungkinan dia sudah biasa mendapat pandangan seperti itu.
Awek seksi ini suka menunjukkan body nya, atau pusat nya di khalayak ramai kerana dia nak badan nya ada kuasa.

Awek tak cun berpakaian seksi
Aduhh, ini teruk punya perempuan. Kalau barang tak cantik tutup la, jangan buat orang lain saakit mataa.
Ini spesis juga suka menipu diri sendiri dengan mengatakan “I wear sexy and I feel good” ataupun “I have the right to wear anything I want”.
Sememangnya mereka merasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan mereka jadi lagi cantik.
Aku rasa bukan macam tu. Huduh akan tetap huduh.

Walimatul Urus..

Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.
Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.
Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan, iaitu
Allah SWT.

Enjoy Ur Seft In This Site.