31 March 2009

Aku X Gila!!!!!!!!!!

5.13 pagi
31 Mac 2009

Sesuatu menimpa diri ku..
walau xnampak, tapi perit..
bila aku bukak sesuatu je, terus..aku rasa macam blem..
erm..ape nak jadi dengan aku nie..
apakah banyak dosa?..
patut ke aku teruskan lagi..
walaupun hari2 nampak kelam..gelap..
macam2 menimpa pala otakku nie..
aku rasa macam tak waras lagi dah..

masuk awal pagi nie..dah 8 ari aku xtido malam..
aku berjaga..
bukan xnak tido, tapi mmg aku xdapat nak tido..
bagai hujan problem datang ke arah aku..
merintik2 penuhi otakku..
ntah apa yang aku pikir kan lagi..
2 yang indahnya jadi lembu..
xde masalah sangat..
xyah nak pikir ribut-ribut..

macam ne skrg nie?..
patut ke aku macam nie?..
atau aku harus lupakan sesuatu n mencari sinaran yang baru?..
ermm...
ntah la..

klu lepas nie aku gila N x waras lagi,


Sila Hubungi Saya Di Nombor 012-xxxxxxx..




Jika ia sebuah cinta
Ia tidak mendengar
Namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hanya berjanji
Namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta
Ia mungkin tidak suci
Namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

Tapi..
Jika ia sebuah cinta yang membuatkan diri gila
Aku lebih rela gila.

Jika aku gila
Tiada lagi cinta..Dariku.

-k'rOL-


Cinta sejati bagi aku adalah apabila kita percaya yang ia bukan milik kita.
Cinta sejati ada dalam hati, saling memberi dan merasa.
Tetapi bukan memiliki. ~ k'rOL


25 March 2009

Me In Love Comment

Bagi Aku cinta itu ialah satu perjalanan yang boleh membawa kepada satu perubahan yang besar dalam hidup. For example, aku da abeskan perjalanan tu in sad ending. Aku akan mulakan perjalanan aku apabila aku menyedari yang aku da mula menyayangi seseorang yg bername perempuan. I like dat person sampai pd satu tahap tu aku pikir dia la satu2nye insan yang paling penting dlm hidop aku. Now, aku da smpai di perhentian happening. Perjalanan aku tiba di perhentian heartbroken when aku realized dat she already has someone special in her life..Aku? Kecewa?....! Di situ aku menghadapi saat2 yang sukar dan duka keseorangan. Then barulah aku menyedari yang friendship is powerful than love. I will spend my time with crying and thinking of her...huhu..But my journey don't end at here. Aku tetap nak dia and berharap dia kembali pada aku. May be itulah yang org ckp love's power. Semakin lama aku dgn dia, sometime aku terasa jemu sebab aku sanggup menolak orang yang ikhlas mencintai aku semata2 utk mendapatkn a fake love from him.. Tapi time tu aku mmg betul2 syg dia.. Sampailah pada satu tahap sehingga terucap dari mulut aku sendiri melafazkan " I don't love her anymore..." Walaupun orang di sekeliling aku menganggap i'm lying to myself. Aku blur...But i'm very hate! Seriosly! Cinta itu menyakitkan but hakikatnya it teachs us how to lie to ourself, to deal with pain, to pass rite in tears and to hate her with all our heart. But, All story mesti last ending da best..4 Me?..G mampos la dengan suma story yg menyakitkan nie..Aku Tak Tahu!!..aku tetap akan tunggu dia..Sampai Bila?..Why?..I don't Know..

-Mr. K'rOL™-

23 March 2009

Selamat Bertunang Kakcik!!

Minggu lepas, Sabtu 14 Mac 09, berlangsongnya majlis pertunangan kawan sekerja aku masa aku berkhidmat di Mahkamah KL dulu. Kakcik N Wan. Dia nie memang rapat di kalangan kami berlima (Mr. KroL, Acoi, Amy, Kakcik & Diana ). Dengar Amy bagitahu, geng2 kami semua dh bawak haluan masing2. Apapun, Selamat Maju Jaya.

Selamat Bertunang


p/s : Kakcik, Hang Dah Kuros Noh!!
Acoi, Aku Tunggu Ko Plak PAsnie..Jangan Lari KEmaNo..

CubPrix Di Alor Star

wah wah..
dah maju dah negeriku rupanya..

aku balik kampung semalam ari Sabtu, aku bangun awal beb..
nak tengok cubprix punya pasal..
bangun je pagi, terus mati akal, xde sape nak aku ajak..
lastly aku ajak je adik Syukor aku ikut g nengok..

Sampai je, time tu da game novice punye..
sik baik aku sempat nengok..
games2 pastu mcm da yang menarik n xmenarik..
Yang xmenarik 2 dlm Persendirian..
Adess..nak menyampah aku tengok..
Xsempoi mana pun, tapi dh sume lembab cam racer tu, patut la dia menang..

Yang menarik lak..Aku respect la kat sorang racer nie..
umo baru 13tahun, sama ngan adik aku..
wah wah..membara adik aku..
bukan la pe kan, sama umo ngan die beb..
1st lap, no. 5..
3rd lap, no. 4..
5th lap, no. 3..
7th lap, no. 2..
tibe2 last lap die jatuh..
aduhh..
camne la pulak..
mesti de orang kedengki tu..
tapi xpe, umo die masih panjang tu jadi racer..
bagus dik percubaan tu..
Tahniah sebab menunjukkan persembahan yang terbaik..







19 March 2009

Macam Nie Ke Khidmat Pelanggan??

Tengahari, dalam pukul 12, aku gerak ke Celcom Centre.
















Sampai je, layanan sangat memuaskan hati la. Dapat je nombor giliran, ingatkan kejap je, Ya Rabbi, gila ke, dah dekat 45 minit xpanggil2 lagi. Lagipun xjauh la..beza 5 angka je. Kaunter keseluruhan bukak. Tapi aku heran la, nape la lembab sangat servis. Ermm..


Mungkin tengahari kot, "Pengkounter" pun lapar jugak. Aku bukan nak complain la, aku pergi Maxis Centre pun xsampai 15minit servis, knape la yang nie lembab sangat.




Mungkin Kah Ini Penyebab Sambutan Celcom Kurang Memberangsangkan?




P/s : Nie Bukan Untuk Support Maxis..Just Bagi Contoh..

13 March 2009

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 .
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,


Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan

Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan

Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.

Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan

Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59

Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4, 112.79


So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah
= RM22,826.65 + (RM14, 907.20 x 2) + RM4,112.79 = RM56,753.84.


Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982)

Aku ada akta ni dalam pdf file. Tapi aku ringkas kan saja lah untuk info kita. Tapi kalau ada siapa nak akta tu aku boleh letak dalam ni.

Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.


1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).

2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000) 3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan s eorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.


Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).

2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.


Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM6 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM5,259,100 2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880 3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas - RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia

Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.


1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.

2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?


Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni.

Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.

2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.

3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.



Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.


1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.

2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.


Untuk Sultanah pulak elaunnya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan

2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.


Elaun lain lain untuk kerabat ialah

Raja Muda - RM13,000

Raja Puan Muda - RM5,200

Tunku Bendahara - RM4,000

Bini Tunku Bendahara - RM1,250

Tunku Temenggung - RM3,500

Isteri Tunku Temenggung - RM900

Tunku Laksamana - RM3,000

Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.


Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga.

Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

p/s :-Berapa ramai kerabat? Bayang kan berapa Malaysia habis kan duit untuk mereka semua ni. - Tak Heran rakyat miskin merempat sebab diorang suka sebenarnya rakyat jadi papa kedana...

PC + TerNet aku gila Maa..

Disaat otakku mereng..
hati ku resah..
xtenang..
gila..
samdol..
2 la pasal aku malas nak update..
dah dekat 2 minggu streamyx kat rumah aku nie terbengkalai..
penat beb tepon orang TMNET datang buat..
sekarang nie kira ok sikit la..
kita tengok nanti macam na..
ape lak yang jadi..huhuhu..