19 February 2009

Pada 1 malam

Si Jantan berkata :


I shall meet u someday
My love shall that day be with me
But I wonder when she will shower her love on me
For my heart thirsts
My heart is lonely.

Step out of that picture and come to me my love
You were destined for me
So come to me my love
Step out of that status and come to me my love.

I have missed you all my life
I have loved you always
I am a poet and you are my song
I am pining for you.


( There she is! She has appeared from nowhere )


Si Betina balas :


Tell me who she is
Show me that portrait of hers
You don't tell such thing to everyone
But you don't hide my feelings from friends.

I will cure this heartache for you
And if I don't succeed, I will at least pray for you
I will rush to you and take you along
You love,your beloved


Si Jantan pulak kata :


I will find her someday
My love will then be with me
I wonder when she will shower her love on me
My heart thirsts..It is lonely.

08 February 2009

semua da perbezaan..

Aku dapat 1 email dari cybermelayu. kat sini kita boleh kongsi pandangan perbezaan masyarakat sebelum merdeka dan selepas merdeka. Just Layanz.

  • Orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya boleh berada dalam satu kampung. Zaman sekarang, masyarakat sudah disusun di mana ada taman untuk orang miskin (rumah kos murah), ada taman untuk golongan pertengahan dan ada taman hanya untuk golongan atau kelas orang-orang kaya.
  • Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarang semuanya diupah justeru tabiat hidup nafsi-nafsi telah menebal.
  • Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung dianggap anak bersama. Mereka dijaga sama-sama dan setiap orang boleh menegur atau merotan. Sekarang cikgu pun dilarang merotan. Betapalah orang biasa.
  • Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi, secara menyorok- nyorok. Sekarang orang membuat maksiat secara terang-terangan.
  • Dahulu orang alim dan cikgu dihormati serta disegani. Sekarang orang tidak peduli.
  • Dahulu kalau pengantin baru, di dalam masa sebulan, menziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenal keluarga kedua-dua belah pihak. Mereka juga menziarahi orang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung. Kini ia jarang berlaku lagi.
  • Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan, orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berunding untuk sama ada menerima atau menolaknya. Hari ini suasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya mereka berdua yang berkira.
  • Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan, lebihlebih lagi hendak berjalan berdua-duaan. Ianya dianggap satu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalan berdua-duaan bagi yang bukan muhrim sudah jadi budaya.
  • Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengaji agama, guru-guru tidak mengambil upah. Bahkan sesetengah guru, dia menanggung pula makan minum murid-muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agama sudah jadi komersil.
  • Dahulu alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang mereka tidak diziarahi lagi.
  • Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung, sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya dan makanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang membawa balik. Sekarang, jangan. Ia akan dianggap mencuri atau menceroboh.
  • Dahulu kalau orang menangkap banyak ikan sungai, mereka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidak jual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.
  • Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung, orang-orang tua akan mendamaikan dan dibuat kenduri. Adakalanya dibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.
  • Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan untuk tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tidak ada lagi.
  • Dahulu, anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh berkhatan. Begitu juga anak-anak perempuan, mesti khatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarang berkhatan atau berkahwin tidak ada sangkut-paut dengan Al Quran.
  • Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji Al Quran, mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotan sambil mengatakan kepada guru itu, Kalau anak saya ini nakal, rotanlah dia dengan rotan ini. Sekarang merotan murid satu pantang larang.
  • Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah kepada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.
  • Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggap kurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadi budaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.
  • Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malu sangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarang berjalan berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim jadi budaya.
  • Dahulu pasangan yang berkahwin, antara yang lelaki dengan yang perempuan, mesti ada jarak umur. Suami mesti lebih tua daripada isteri. Paling tidak lima tahun. Sekarang kebanyakan suami isteri umurnya sebaya.
  • Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain, contohnya sebagai polis atau askar, kalau mereka balik bercuti, mereka bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkan turut menziarahi tuan-tuan guru dan orang-orang penting di kampung. Kalau tidak, dianggap tidak beradab. Sekarang sekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting di kampung sudah tiada lagi.
  • Dahulu, perempuan-perempuan muda tidak akan keluar rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluar rumah sesuka hati. Tidak kira sama ada seorang diri atau dengan orang lain. Ia sudah jadi perkara biasa.
  • Dahulu di dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendak bertemu. Lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Sekarang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan. Betapa pula setelah bertunang.


Pikir-pikirkan kan la. Mengape la banyak sangat perbezaan nowday. Aku pun tak paham.
Kadang-kadang dalam sikit hal yang ade dalam nie terkena jugak kat diri aku..adess..Lumrah alam..hahahaha..