31 January 2009

Pembikinan Dunia-indie Mp3

Aku menjemput kawan2 aku dan korang sume lepak dalam blog terbaru aku tuk sape2 yang berminat dengan indie-indie band local punye. mari kite semua support our local band. blog aku 100% band-band dari malaysia. Kat situ korang boleh buat request lagu indie yang korang nak, asalkan genrenya INDIE or UNDERGROUND music sahaja. Tiada music2 lain. tuk masuk dalam blog aku, korang boleh memlalui bar kat atas ( download mp3 ) atau klik je kat sini, Dunia-Indie

Bangunnya Aku Melihat Dunia

Semalam aku lelap pukul 2 pagi. semalam pun dah penat gile sebab malam yang lepas tu aku langsung tak tido. bangun ja ari nie tengok jam dah dekat kul 3 petang. Patutla aku rasa puas semacam je. Kiranye dah cover balik la yang tak tido tu semalam. macam nie la idop orang bujang macam aku nie.

bangun je, terpikir nak mandi ke x? adess, ahrrgghh..malas lagi la. nanti2 la bile aku rajin sikit. gpun bukan nak kua mana pon. HuHuHu..

29 January 2009

Selamatkan diri..






im so tired today....
even sleeping in the office also cannot make me feel better...
2 p.m until 3.30 p.m...is not the ideal time for me to sleep anymore....
sleepy..sleepy..sleepy...
even when i spend much time for sleeping but i will still feel sleepy...

when i reach at jetty...i'm just thinking of 1 thing...to find a clinic!!!!
then i went to the clinic at jalan kg. gajah, bagan luar...which is the clinic that i usually went before....
all i need is MC for the day of yesterday where i'm just staying and relaxing at home without going to work....

now....i got the MC already..
hahahah...

Aku dilamun derita


















Aku menyampah dengan diri aku sendiri.

Tak tahu la knape.

Aku malas? Tak..

Aku sakit? Tak..Cume xbetol ckit je.

Ntah la. Mungkin aku de sakitkan hati seseorang..

Tapi bia la..

Tuk Kejayaan die jugak..

Aku rasa ni jalan yang terbaik.

Maafkan Aku!

27 January 2009

Tuk PeDownload Video Dari U-Tube

nie ade software mudah cepat dan lazat tuk penggemar download video dari u-tube. siap converter lagi. Klik link kat bawah.


Klik Sini - Download

26 January 2009

Malam Nie...

Pukul 10.oo malam, Abang Isa merangkap bakal Pendaftar baru kat jabatan aku nak datang rumah. Biasa la umah bujang, mesti la jadi port lepak di malam minggu. Jenis diri aku, berpoya-poya di club, di tepi pantai depan umah aku nie, lebih baik kat rumah aku.

Rumah ku Syurgaku...huhuhu...

Dalam setengah jam sampai dengan Fauzan. Perggghhh Abg Is dress macam bujang siot. nak mai karaoke kat umah aku, bleh je. Baru start 1 song ( Akulah kekasihmu - Axl's ) nak tukaQ tengok movie plak. Aku terus je bukak citer Siam's ( Fury ), ala yang cite pompuan tak betul bertumbuk tu.

Sambil tengok citer tu, Fauzan terus je bukak cite yang diorang nak pegi Thailand minggu depan. Waduh-waduh, nampaknya macam seronok bangat nih. Tapi kalau orang miskin macam aku nie, patut je aku dok kat rumah. Buang duit je. Gpun Siam tu bila-bila aku bleh pegi (cakap besar nampak).. huhuhuhu..

tension-tension...

Kul 12 lebih, depa callo ( balik la )..aku kemas sikit barang-barang aku lepas tu...basoh pinggan..lipat baju..huhuhhu..macam orang pompuan pun ade gak (brape kali aku nak cakap, aku nie kan bujang )...ish2...xpaham..

Sekarang nie aku nak tido..

Letih la..

Bai Bai..


Mengkedarah?...

ish2..
tadi ingatkan nak makan bihun sup kat Bertam, tengok-tengok dia p tringin lak nak makan benda nie...abis duit...adoiii yaiii...
dari Kepala Batas ke Mak Mandin..
Mak Mandin ke Raja Uda...
Raja Uda ke Bagan...
dari Bagan ke Bandar Perda BM( JuSCo)...
sekian.

25 January 2009

Comment For SORROWFULNESS

Aku de baca 1 kritikan @ article tentang bencinya die dengan sesuatu perkara. Untuk link article die, korang bleh la klik di sini .

Aku da beberapa comment la tentang article dia nie.

1. Dok ***** area mane?

mmg la soalan yang mcm tu akan timbul. kalau tidak, apa gunanya sesi suai kenal. Sebagai graduan, pikir la apa gunanya sesi orentasi. hahaha. bukan die nak pergi rumah sebenarnye, tapi die ingin tahu la ape yang lelaki lain nak tahu. tu bukan la suatu pertanyaan yang pelik, tapi ada maksud yang mendalam.

2. ader YM x?

ym tu perlu la cik adik oi tuk berbual panjang. mana la tau lelaki tu ader kat cc ke, puas la nak email or comment to u. bukan tak sabar la, tapi jimat kos. gpun de ke die nak ckp nak kawin dengan cik adik.

3. dh ader bf ke?

soklan nie perlu. mana la tau dah de bf, watpe la kacau lagi. kan die dh sain contract. adess, berkenaaan dengan tak bleh idop klu xde jantan tu, bukanKah diciptakan Hawa tuk Adam. Kalau yang xde tu, bukan ape. Don't be kerek ( bodoh sombong ).

4. hiiiiii

berkenaaan dengan hiiiii nie, cik adik pun kadang2 terlepas jgk macam nie. bukan la tak nak bagi salam, mungkin die terlupa. xsalah kan klu adik tegur die. pahala tu. mungkin sbb nie akan lebih memanjangkan lagi perbualan.



note :- ala, si SORROWFULNESS nie pun kadang2 pm aku bukan bagi salam pun, nie soklan2 die pada aku selalunye...

- " ko watpe"
- " ko gile ke"
- " nak tanya nie"
- " aku tension la"

p/s - sedapnye mulut.. lalalalalalala...


KFC Milik Islam?

Dari inbox admin, tak tahu betul ke tak



Tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.

Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :



Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.

sekian.

Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443

Sekarang...

bosan...

rimas...

jemu...

meluat...

Apa la aku nie..ngeng pun da jgk. WhatEver La. This My Life. Aku tulis semua nie about MySelf. Kau, Kau & Kau sape nak kacau idop aku.. Blah la Wei...

18 January 2009

Hari Ini?

Adess. kenape la ri nie sangat memboringkan. aku dah agak dh, plan yang mlm td aku ajak Shahrol ngan Sabri haram xjadi. Baru je nak plan p mandi kat kolam air panas, Ulu Lenggong..huhuhu..

Jumaat lepas aku tanya Shahrol, " Mau p tak Mandi air panas, bawak la mem skali"..Dia gtahu mem dia xbleh la kua malam. So, aku ajak la Kak Mas skali selaku orang lama kat opis, dia pun de hal plak..nak ambik barang katanya..adess..Patut la ri nie memboringkan..

Ari nie aku bangun kul 1. Perut lapa pulak. Gaji tak masuk lagi. Sib Baik la bulan Nie goverment masok gaji awal, klu tak makan la maggi ngan roti ari2..hahaha..Bukan tak bleh makan sume tu, tapi kena la kurangkan sebab tak baik tuk kesihatan.

Bangun je tido, xde sapa kat rumah. Aku lonely. Nak buat camne, dah nasib badan. Zam, bro aku balik kampung pulak. 24 ri bulan nie baru balik sini. Nie yang aku boring nie. Ada dia tak la bosan sangat..huhuhu..

Si Wan plak ntah la..tu kaki berjalan. Dari petang semalam lagi tak nampak. Ntah la semalam dia balik rumah ke tak..xpe la, muda2 kan..Enjoy la puas2..

"Patut ke aku MANDI"hati meronta nie. Dah pukul 2.32 petang nie..Mungkin Bau kot. hahahah.. What the Hell. Argghhh..Malas la. Bukan nak kua mana pun. Nanti klu rajin ckit baru nak mandi. Sekarang nie aku nak g cuci baju dulu. Bukan tak nak hanta kat dobi, tapi de mesin basoh kat rumah. Gunakan la sebaiknya. G pun sejak pindah rumah baru nie, aku selesa la skit. Hahaha..


My Room tuk Lelap


Ruang Tamu Bujang


Dapur bujang


Panorama dari tingkap rumah aku


17 January 2009

Siapa Yahudi? Siapa Israel?

SEJAK 21 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Aku tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saku ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Aku amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

SMS dan Pesanan Khas Dari Pemimpin Hizbullah? Hukum Menyebar-lua

Oleh: Ibn Mustofa Dzul Riyhayn Bin Abd Wahab
Sumber: http://purify-educate.blogspot.com

Tahun baru masihi 2009 kali ini membuka tirainya dengan penuh duka dan luka. Rejim Zionis yahudi la’natullah telah melakukan tindakan bacul dan biadap tanpa perikemanusiaan dengan menyerang dan membunuh rakyat Palestin secara membabi-buta, tanpa mengira masyarakat awam yang tidak bersenjata dengan pejuang HAMAS yang mereka buru. Merekalah sebiadap-biadap insan di muka bumi ini. Firman Allah SWT:

”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan redha kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” [Surah al-Baqarah, 2:120]

Tindakan tak berperikemanusiaan rejim Zionis ke atas penduduk Palestin dengan pantas telah membuka mata sekaligus mengundang banyak perhatian masyarakat dunia. Pelbagai bentuk bantahan telah diadakan di hampir seluruh pelosok dunia demi mengutuk tindakan kejam Israel ke atas Palestin serta menggesa boneka dan ’kuda tunggangan’ Israel; Amerika Syarikat untuk mengadakan sekatan ke atas negara haram Israel dan memberhentikan tindakan kejam mereka. Seluruh lapisan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa dan agama telah menunjukkan rasa simpati mereka terhadap penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin.

Peristiwa ini telah menyebabkan ramai pihak menjadi ’ringan tangan’ ingin menghulurkan bantuan dalam apa saja bentuk yang mereka termampu berpaksikan rasa simpati kemanusiaan yang ada di dalam diri mereka. Ada yang menghulurkan sumbangan dari segi harta (wang ringgit), ada pula yang menyumbang dalam bentuk pakaian dan ubat-ubatan, dan ada pula yang mengambil langkah mendo’akan dibantunya saudara seislam di Palestin dan dihancurkan bangsa Yahudi zionis Israel. Bahkan, ada yang menyebar-luaskan mesej berbentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bertulis:

”Pemimpin Hizbullah Lebanon, Sayid Hasan Nashrullah meminta seluruh masyarakat muslimin untuk melafazkan ayat Quran berikut: Surah al-Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85, 86 dan 87 pada malam ini. Tolong sebarkan agar Israel hancur. Sebarkan kepada seluruh umat Islam... ”

Demikianlah, pesanan yang diterima-langsung dari pemimpin besar Hizbullah yang beraliran Syi’ah. Pesanan ringkas yang sarat dengan petua-petua dan amalan-amalan yang ’berbaur’ agama. Masyarakat kita (orang melayu), dek kerana kadar ke’sedar’an dan simpatinya yang tinggi tanpa berfikir-panjang terus menyebar-luaskan mesej-mesej seumpama ini. Bukan saja tanpa ada sikap mahu menilai ataupun menganalisa kembali kebenaran, disebalik dakwaan penyebar mesej ini bahawa SMS ini dititipkan khas dari Nashrullah, bahkan juga sejauhmana kebenaran dan ketepatan ’amalan khas’ yang diperturunkan Nashrullah itu di neraca timbangan al-Quran dan al-Sunnah. Tanpa tahu menahu ataupun mungkin terlupa akan firman Allah SWT akan situasi ini:

”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Surah al-Hujurat, 49: 6]

Kata al-Qadhi Abu Bakr ibn al-Arabi:

”Siapa yang pasti kefasikkannya maka batallah perkataannya (hilang kredibiliti) di dalam menyampaikan berita. Ini adalah ijma’. Sebabnya adalah berita itu suatu amanah dan kefasikkan pula adalah sesuatu yang membatalkannya.”

[Ibn al-Arabi, Ahkam al-Qur’an, 4/147, cetakan Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut. Dinukil dari: Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya, Terbitan Karya Bestari, m/s 12]

Bagaimana mungkin kita boleh menerima berita dan petua agama daripada individu (Nashrullah yang merupakan seorang syi’ah) yang jelas pegangan ideologinya mencela dan mengakfirkan majoriti para sahabah seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Utsman al-’Affan, Abdurahman al-’Auf ,menuduh isteri baginda Nabi SAW; ’Aeesyah seorang perempuan yang jalang, serta mendakwa bahawa al-Qur’an yang ada sekarang tidak lengkap?! Bagaimana mungkin kitaq boleh mempercayai kata-kata dari seorang yang syi’ah dalam perkara keagamaan?! Terlupakah kita akan sabda Nabi SAW:

”Janganlah kalian mencerca sahabahku.”

[Hadits riwayat Muslim IV/1967, Dinukil dari: Dr Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani, Ya Rabbi... Selamatkan Lisanku (Terjemahan dari A-fat al-Lisan fi Daw al-Qur’an wa al-Sunnah), Terjemahan AQWAM Jembatan Ilmu, m/s 134]

Abdullah Bin Mas’ud radhiyallah ’anhu meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

”Mencaci/mencela seorang muslim (menyebabkan seseorang menjadi) fasiq.”

[Hadits riwayat al-Bukhari I/17, Muslim I/18, Al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan I/13. Dinukil dari: ibid, m/s 135]

Al-Imam al-Nawawi rahimahullah menjelaskan hadits ini:

”Ketahuilah, bahawa mencaci para sahabah radhiyallahu ’anhum adalah keharaman yang paling keji...”

[Rujuk: Shahih Muslim bi Syarh al-Nawawi XVI/93. Dinukil dari: ibid, m/s 134]

Demikianlah, Rasulullah SAW memberitahu kita yang sesiapa yang mencaci seorang muslim maka dia adalah fasiq. Akan tetapi, syi’ah bukan sahaja mencaci para sahabah, bahkan ada yang sampai ke tahap mengkafirkan para sahabah. Ada yang percaya dengan konsep raj’ah (kelahiran semula ke dunia selepas mati) dan berbagai kepercayaan karut-marut lagi. Lantas, tak hairan ramai daripada para ulama’ besar Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah mengatakan yang golongan syi’ah terkeluar dari Islam seperti yang diperkatakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusy.

[Rujuk: Maulana Mohd Asri Yusoff, Syi’ah Rafidhah: Di Antara Kecuaian Ulama’ dan Kebingungan Ummah, Terbitan Pustaka Bisyarah, m/s 4-5]

Di dalam kitab Ushul al-Kahfi karangan al-Kulaini; yang merupakan kitab hadits yang paling utama dan dipegang di dalam golongan Syi’ah mereka bahkan mengangkat para Imam mereka setaraf dengan para Rasul bahkan lebih daripada mereka. Mereka mendakwa para Imam mengetahui bila waktu kematian mereka dan hanya mati dengan kematian mereka. Bahkan yang lebih serius lagi mereka mendakwa para Imam mengetahui perkara ghaib yang terdahulu dan akan datang.


[Rujuk: Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya, Terbitan Karya Bestari, m/s 93-98]

Jika difikirkan secara kritis serta rasional, kebarangkalian mesej tersebut (dikirim dan dipesan oleh Nashrullah) palsu adalah seratus peratus. Bak kata Kapten Protaz Hafiz Firdaus ketika mengulas tentang hal ini, beliau telah memberi istilah yang ianya adalah ’Made in Malaysia’.

[Rujuk: Hafiz Firdaus, Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah Buku 5, Terbitan Jahabersa, m/s 56]

Di dalam hadits Nabi SAW ada larangan yang jelas agar tidak membawa semua cerita yang didengar atau diterima tanpa menyelidikinya. Bahkan perbuatan tersebut dianggap sebahagian daripada pendustaan. Sabda Nabi SAW:

”Cukuplah sesorang itu digelar pendusta sekiranya dia menceritakan setiap (perkara) yang dia dengar.”

[Riwayat Muslim dalam mukadimah Shahihnya]

Islam telah mensyaratkan setiap perkara yang dikaitkan dengan agama itu mestilah berpaksikan fakta yang shahih bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Inilah disiplin yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Namun, ada sebahagian individu ataupun kelompok yang terbabas saat hendak melakukan sesuatu amal yang tujuannya baik. Hanya beralasan matlamat yang baik mereka menyangka mereka boleh mencipta sesuatu ibadah dalam Islam. Perlu diingat, Islam bukanlah serupa sebagaimana teori yang dikemukakan oleh Niccolo Machievelli dalam buku karyanya The Prince yakni ”Matlamat menghalalkan cara”.

Teori bertuhankan akal dan nafsu oleh Machievelli ini telah lama lagi dinafikan kerelevannya oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Makanya, tidak sepatutnya wujud umat Islam yang mahu meniru teori kebajikan Robin Hood dari hutan Sherwood yang menghalalkan jenayah rompakan berdalihkan hasil rompakan tersebut akan diagihkan kepada masyarakat miskin England. Islam menuntut umatnya bukan cukup setakat beramal, tapi yang menjadi tuntutan dalam Islam adalah amal yang soleh. Kriteria bagi sesuatu amal soleh itu ia mestilah memenuhi dua syarat ini yakni: 1) ikhlas dan 2) Ittiba’ (mengikuti sunnah). Ini seperti yang ditafsirkan oleh al-Qadhi Fudhail Bin Iyadh. Takutilah amal yang kita lakukan selama ini berhamburan tidak bernilai pada pandangan Allah di hari akhirat kelak.

Buktinya, sahabah Nabi SAW yang terkenal dengan kefaqihannya yakni Ibn Mas’ud radhiyallahu ’anhu telah menegur dengan keras beberapa indivdu yang membentuk bulatan lalu bertasbih, bertakbir, dan bertahlil di zamannya bahkan mengatakan pada mereka itu adanya ciri-ciri khawarij; salah satu kelompok sesat yang dikhabarkan Nabi SAW dalam haditsnya yang shahih. Hayatilah peristiwa yang telah terakam dalam sejarah ini dan sematkanlah ia di dalam jiwa kita semua:

”Demi Allah wahai Abu Abdurrahaman (Abdullah Bin Mas’ud), sesungguhnya kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya (Abdullah Bin Mas’ud): ”Betapa ramai yang bertujuan baik namun tidak menepatinya[/i].”

[Riwayat al-Darimi dalam Musnadnya dan dinilai shahih oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam [i]Silsilah al-Ahadits al-Shahihah. Dinukil dari: Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Bid’ah Hasanah: Istilah yang Disalah-Fahami, Terbitan Jahabersa, m/s 74]

Jika difikirkan dengan teliti, tidakkah pensyari’atan supaya bertahmid, bertasbih dan bertahlil itu ada dalilnya dari al-Sunnah? Namun begitu, kenapa sahabah Nabi Ibn Mas’ud dan Abu Musa al-Asy’ari tidak menyetujui bahkan membangkang secara keras amal sebegitu? Jawabnya kerana ianya tidak menepati tatacara sebagaimana sunnah yang disyari’atkan Nabi SAW.

Diriwayatkan pula daripada Nafi’ (guru al-Imam al-Bukhari):

”Seorang lelaki telah bersin disebelah Ibn ’Umar radhiyallahu ’anhuma lalu mengucapkan: ”Alhamdulillah wassalam ’ala Rasulillah.” Ibn ’Umar lantas menegur: ”Aku juga pernah mengatakan Alhamdulillah wassalam ’ala Rasulillah (akan tetapi) bukan begitu yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kami (selepas bersin). Baginda SAW mengajar kami agar menyebut Alhamdulillah dalam setiap keadaan.”

[Hadits yang shahih. Riwayat al-Tirmidzi no: 2738 dan riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak jilid 4, Kitab al-Adab, no: 265 dan lafaz adalah bagi al-Tirmidzi. Dinukil dari: Mohd Yaakub Mohd Yunus, Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan yang Ditimbulkan Oleh Akhbar Utusan Malaysia, Ternbitan Jahabersa, m/s 14]

Sekali lagi, cuba renungi, bukankah penambahan wassalam ’ala Rasulullah pada kalimah tahmid (Alhamdulillah) itu sesuatu yang kelihatannya baik? Bukankah pensyari’atan supaya umat Islam berselawat pada Rasulnya itu ada diriwayatkan di dalam hadits Shahih Muslim? Kenapa sahabah Nabi SAW; Ibn ‘Umar anak kepada Amirul Mukminin Umar al-Khattab membantah tindakan lelaki itu? Kenapa? Jawabnya kerana ianya tidak menepati tatacara sebagaimana sunnah yang disyari’atkan Nabi SAW.

Ini dapat difahami daripada perkataan al-Imam as-Subki (salah seorang penentu qowl mu’tamad dalam mazhab al-Syafi’e) seperti yang dinukilkan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-Asqalani:

“Asal hukum di dalam ibadat adalah tawaqquf (berhenti hingga ada dalil)”.

[Rujuk: Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Penjelasan Shahih al-Bukhari, Terjemahan Pustaka Azzam, m/s]

Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin rahimahullah telah menjelaskan syarat yang wajib dipenuhi dalam ibadah ada enam syarat yakni sebab, jenis, kadar, kaifiyyat (tatacara), waktu, dan tempat. Sebagai contoh membaca do’a khusus dari al-Qur’an dan al-hadits seperti surah al-Fath ayat 26-27 dengan tujuan mahu memperoleh bantuan Allah, dan pada waktu tertentu seperti ketika saat genting diserang musuh adalah tiada sumbernya daripada al-Sunnah yang tsabit daripada Nabi SAW. Pengkhususan itu yang menyebabkan ianya tertolak. Pendek kata; bid’ah.

[Rujuk: Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin, Mutiara Ilmu: Himpunan Tiga Buah Buku (di bawah bab al-Ibda’ fi Kamal al-Islam wa Khothru al-Ibda’), Terbitan Jahabersa, m/s 78-81]

Sabda Nabi SAW:

”Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang tiada dasar perintahnya daripada kami maka ianya tertolak.”

[Hadits shahih riwayat Muslim (1178). Dinukil dari: Kompilasi Empat Ulama’ Besar (Imam al-Nawawi, Imam Ibn Daqiq al-E’id, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di, Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin), Syarah Hadits Arba’in, Terbitan Pustaka Arafah, m/s 111]

Kesimpulan yang saya ingin tegaskan disini, seharusnya kita melakukan apa telah diriwayatkan dari Nabi SAW bahawa beliau pernah mengerjakan qunut nazilah selama satu bulan penuh untuk mendoakan suatu kaum. Dan ditegaskan pula beliau pernah membaca qunut nazilah untuk mendoakan suatu kaum tertindas dari para sahabah beliau, di mana mereka ditawan oleh orang-orang yang melarang mereka berhijrah. Dengan demikian adalah disunnahkan membaca qunut nazilah pada saat terjadinya kejadian yang menyengsarakan kaum muslimin dengan membaca doa-doa yang sesuai dengan keadaan, baik mendoakan kebaikan atau keburukan bagi suatu kaum, atau sesuai dengan peristiwa yang dialami. Hadits-hadits berkenaan hal ini banyak. Inilah yang diperjelaskan oleh Dr. Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani.

[Rujuk: Dr. Sa’id Bin Ali Bin Wahf al-Qohtani, Panduan Shalat Lengkap (Terjemahan dari Shalatul Mu’min: Mafhum wa Fadha’il wa Adaab wa Anwa’ wa Ahkam wa Kaifiyyatu fi Dhaw’i al-Qur’an wa al-Sunnah), Terjemahan Penerbit al-Mahira, m/s 267-272]

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN



Ada yang tertanya-tanya tentang kempen boikotkan barangan buatan Israel..Tapi sejauh mana keberkesanannya? Mungkin disebabkan kurang pendedahan tentang senarai produk buatan mereka atau kempen tersebut hanyalah umpama hangat-hangat tahi ayam? Kalau hendak senaraikan,memang terlalu banyak dan mungkin sukar untuk kita menerima kenyataan tentang hakikat sebenar. Boleh dikatakan setiap produk yang kita gunakan seharian adalah buatan Israel atau penyumbang kepada Israel seperti, Nescafe, Maggie, Coke, Fanta, Sprite, Johnson & Johnson, Revlon, L'Oreal dan banyak lagi.Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika..

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ,KFC
Produk :Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.


Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut
Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Lo real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic


Sorry..LAte Update..

mintak maap semua..
bukan niat aku malas update..
broadband aku sangkut tak bayar..
bertambah la pulak keje yang banyak..
paham2 la bukak je tahun nie,aku jadi nyampah..
dengan keje bertimbun..
adess...
tapi Alhamdulillah..
makin hari makin tersusun..
now sekarang aku dah bleh update macam biasa..
aku dah pakai streamyx now..
mcm mana pun, layanzz..