08 September 2008

Kenapa Cina Perlu Melatah...

Sebelum menulis artikel ini selanjutnya , aku memohon maaf kepada kawan-kawan blogger aku yang bukan Melayu, yang bukan Islam. Aku tiada niat untuk membuat provokasi atau fitnah .. sekadar bercerita realiti yang berlegar disekeliling kita. Polemik isu perkauman ini sebenarnya satu isu yang sangat merbahaya, dan amat sensitif kepada rakyat Malaysia. Tetapi kita harus berterus-terang untuk mencari titik persamaan sesama kita..

Merujuk kepada pernyataan Datuk Ahmad Ismail .. yang mengatakan orang Cina dan India sebagai ‘pendatang’ ada betul dan salahnya. Dari segi sejarah.. kenyataan itu memang betul. Orang Cina dibawa masuk oleh British untuk memajukan ekonomi kerana orang Cina terkenal dengan sikap rajinnya dan pandai berniaga. Orang India pula dibawa masuk oleh British untuk
bekerja di estet-estet kepunyaan British. Atas dasar hormat kepada Raja-Raja Melayu, orang-orang Melayu diberikan kuasa untuk mentadbir kerajaan.. bukan semua Melayu, ..hanya orang Melayu yang berpendidikan Barat dan pada waktu itu, golongan bangsawan yang banyak
menghantar anak-anaknya belajar di luar negara. Orang Melayu yang ultra-Islam seperti Dr Burhanudin, Tuk Janggut, Hj Boestaman tidak diiktiraf oleh British kerana mereka berpendidikan Islam dari Asia Barat. Dan orang British amat anti kepada Islam hasil Perang Salib Kristian-Islam. . Ini fakta sejarah.. Kerana itulah, adanya Artikel 153 dan Artikel 160 dalam Perlembagaan Malaysia, yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Reid.
Pada masa ini, keadaan sudah berubah.. sekiranya pernyataan Datuk Ahmad Ismail merujuk kepada masa kini, kenyataan itu adalah silap sama sekali dan tidak boleh diterima. Orang
Cina sudah beranak-pinak disini, mati disini malahan kubur-kubur Cina pun sudah banyak.

Bagaimanapun. . kerajaan mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Hasil tidak puas hati orang Melayu keatas penguasaan ekonomi secara total terhadap bumi Malaysia dan kebimbangan orang Cina terhadap minat Melayu untuk menceroboh bidang perniagaan mereka. Sekarang, sudah ramai orang Cina dan India yang sudah pandai dan berpendidikan tinggi. Tetapi sekitar tahun 60 an-80 an, kurang orang Cina dan India yang mahu bekerja dalam sektor awam kerana gaji yang rendah. Mereka lebih berminat kepada jawatan yang mempunyai pulangan yang tinggi ataupun berniaga.
Apabila mereka semakin kaya dan mampu .. anak-anak dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke Malaysia dengan pendidikan luar-negara, manakala orang Cina kelas menengah
dan bawahan akan menghantar anak-anaknya belajar dalam negara dengan pengkhususan kepada bidang profesional ataupun bidang keusahawanan, untuk menyambung perniagaan keluarga. Ini berbeza dengan orang Melayu ketika itu yang bekerja disektor awam yang berpendapatan kecil dan selebihnya ‘kerja kampung’ sebagai petani dan nelayan. Hasilnya,
majoriti mereka hanya berpendidikan dalam negara dan ada yang belajar sekerat jalan sahaja.
Tetapi sekarang, sudah ramai Melayu yang mampu dan kaya .. mereka juga mengambil keputusan yang sama dengan menghantar anak-anak mereka belajar ‘overseas’. Belajar dalam
negara takde class.. termasuklah anak-beranak ahli politik UMNO, DAP, PKR dan PAS juga.

1. Kenapa sekarang orang Cina dan India baru mahu bekerja dalam sektor awam? Padahal mereka menolaknya satu ketika dulu.. kenapa sekarang? Apabila gaji prebet polis sudah lebih tinggi dari gaji eksekutif pemasaran syarikat swasta, apabila gaji guru lebih tinggi dari pendapatan bulan orang berniaga.

2. Kenapa hak-hak peniaga Melayu dinafikan untuk mendapatkan harga kos bahan mentah yang setanding dengan peniaga Cina.. terutamanya dalam indusri pembinaan seperti kedai hardware, bekalan besi dan sebagainya. Kenapa perlu ada dua harga yang berbeza untuk Melayu dan Cina?

3. Kenapa hak-hak graduan Melayu dinafikan untuk bekerja di syarikat-syarikat Cina? Kebanyakkannya ditolah kerana tidak boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin.. kalaulah ini
negara BANGSA MALAYSIA, maka bahasa Malaysia dan Inggeris sudah cukup memadai. Ini bukan Negara China, dimana rakyatnya tidak tahu Bahasa Malaysia.

4. Kenapa eksekutif-eksekutif Cina disyarikat multi-nasional cuba memonopoli jawatan eksekutif kepada kaumnya sahaja? Kenapa mahu menafikan hak-hak eksekutif Melayu? .. Anda boleh tanya sendiri realiti sebenar pekerja-pekerja sektor swasta.

5. Kenapa orang ultra-Cina suka menghantar anak-anaknya ke Sekolah Kebangsaan Cina, bukannya sekolah biasa? Malahan ada yang menolak bulat-bulat idea ‘Sekolah Wawasan’ dengan
alasan ianya akan menghakiskan budaya kecinaan kepada anak-anaknya. Dimanakah semangat Malaysian-Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh DAP?

6. Kenapa isu azan mahu disentuh DAP? Azan adalah keutamaan kepada orang Islam.. Orang Melayu pun tidak kisah jika kaum lain mahu membuat upacara keagamaan dikuil masing-masing. Orang India boleh memecah kelapa di Batu Caves, orang Cina boleh membakar wang untuk simati ditepi jalan dan bermain mercun untuk menghalau kuasa jahat.

7. Dan banyak lagi realiti kehidupan antara kaum yang tersirat..

Jadi, kenapa di atas satu-dua perkara.. orang Cina terus melenting didalam mempertahankan hak-hak mereka? Padahal Melayu juga menuntut hak-haknya.. adakah salah Melayu mahu mempertahankan hak-haknya? Adakah Melayu tiada haknya di bumi Malaysia?..

Sememangnya. .. Melayu mengalami ‘krisis identiti’. Apabila sudah berjaya dan berpendidikan tinggi, mereka juga yang memandang rendah kepada bangsa sendiri. Mereka tidak suka bercakap bahasa Melayu lagi.. lebih suka ’speaking’.. bahasa Melayu ‘low-class’.. Orang-orang Melayu yang alim pula.. tidak mahu bergaul dengan melayu yang lalai dan jahil. Oh.. mereka itu sesat, kita orang alim.. Ahh, mereka itu tidak pandai hukum fekah dan tauhid, mana boleh kita pakai buah-fikiran orang seperti itu. Melayu juga yang suka memperlekehkan Melayu.. aku belajar ‘oversea’, kau belajar di UiTM sahaja. Aku lebih suka dengar lagu rock Metallica.. ‘advance’ lagi dari lagu rock Bumiputra Rockers.
Bukannya mahu dibantu orang yang sebangsanya. . bukan mahu dipimpin orang yang sebangsanya. .. malahan berkawan dengan kaum lain yang boleh ’speaking’ dianggap satu
kebanggaan. Inilah pengkhianat bangsa sebenarnya.. dan pengkhianat bangsa ini ada dalam UMNO, PKR dan juga PAS. Jangan salahkan orang lain kalau bangsa lain memandang
Melayu kolot dan ketinggalan. . kerana Melayu tidak mahu menolong bangsanya sendiri.
Salah Melayu juga kerana tidak memahami Islam sepenuhnya, oleh itu marilah kita menimba ilmu dunia dan akhirat berpandukan Islam. Agama yang tidak memandang kepada
keturunan, warna kulit dan darjat.. agama yang mementingkan keadilan sosial.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

from http://cekka.wordpress.com

07 September 2008



Seribu senyuman
belum tentu menawan hati

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan MATAHARI....

DIA datangkan PETIR & kilat, kita MENANGIS & tertanya - tanya

ke mane hilangnya SINAR tetapi rupa - rupanya Allah nak hadiahkan kita

PELANGI...kita SENYUM sendiri.TETAPI kita Gusar jika Allah Turunkan TAUFAN pula...????

Pesan imam AL-GHAZALI :

Yang dekat itu MATI....yang jauh itu MASA...

Yang BESAR itu NAFSU...yang BERAT itu AMANAH...

Yang INDAH itu SOLAT...yang menyuci rohani itu PUASA.....

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina . Saya ingin memohon sejuta kemaafan di sepanjang usia perkenalan ini.


Sekiranya saya ada terlepas kata, terkasar bicara, terlanjur perbuatan sehingga menimbulkan perkara yg mungkin menyinggung hati & perasaan rakan-rakan. Harap di maafkan. Sesungguhnya tiada insan yang sempurna di bumi ALLAH ini.

D

"Warnakan diri dgn keikhlasan..lukiskan diri dgn senyuman
Gambarkan wajah dgn kemuliaan..Lakarkan budi dihati dgn kesucian"

Salam Ukhwah….Salam Kemaafan