23 October 2008

Sekilas Pandang

adess..
nie aku curi2 pc opis..
time rehat xpe la..
janji bleh up to datez skit la..
aku baru pas mkn..
penat la aku sik memikirkan ................ je...
adess..
bravo...

21 October 2008

Xperlu Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang
boleh katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini:
Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

Jalan-Jalan Sedim

Ari Sabtu yang lepas aku berangkatan ke Hutan Lipur Aliran Deras Sedim kat Kulim. Tempat nya menarik. Aku buat tebiat, biasa la bila lagi nak bersama-sama dgn budak2 opis. Kami pegi 2 buah kereta. Kereta aku dan kereta Konstabel Nizam. Kami pergi 8orang, Aku, Fauzan, Ari, Soya, Chip, Nizam, PakWan, dan tak ketinggalan Narul. So, nie ade skit pic kami berkubang kat Sedim tu. LayanZ..





Dari kiri : Nizam, Ari, PakWan, Aku,
Soya, Chip, Narul & Fauzan

17 October 2008

Novel Ayat-Ayat Cinta



Kepada sesiapa yang pernah menonton Filem Ayat-Ayat Cinta, kat sini aku baru mendapatkan Novel Ayat-Ayat Cinta yang sebenar hasil Habiburrahman Saerozi. Download kat bawah nie ja k. Layanz.



DownLoaD kat Sini

14 October 2008

Renungan!!!

1) Dari bujang---kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.
2) Dari pakai Jalan kaki ...naik bas ...Moto kap --- kancil---wira --- Honda ---BMW.. Mer..
3) Main Guli ----Bola---- Badminton ----- Golf
4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...
5) Driver ---Technician ----supervisor --- engineer --- manager...Pengurus Besar
6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather+Tv Plasma...
7) Penang --- Kuala Lumpur --- Labuan ---- Haadnyai --- Bangkok .. London
8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour..... .
9) Mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)---laut dalam(bot mewah)


TETAPI....

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....
DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...
SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) Tak Solat ---Belajar Solat---- pastikan solat ---jadikan amalan......
2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...
3) Bangi ---- madinah ---- mekah---
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00---- ---
5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ....
6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat khabar/internet ------
1 jam membaca AL-QURAN /selawat , zikir.

8) Baby ---muda---remaja ----dewasa-- -tua---mati
9) sihat---kuat- --lemah-- --sakit-- --mati.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. ........ tinggal sajadah
Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &
gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL.
Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..
dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

13 October 2008

Tringat Plak Zaman Sekolah <---Tribute To Cikgu Fendi

Aku teringat pulak kat zaman sekolah. Knape xtahu. Mungkin suma tu xberulang lagi dalam hidup. Kecuali la kita nie pelakon kn,bleh flashback2.. Huhu..Tapi masa aku kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang tahun 05/06, aku cukup berpuas hati dengan cikgu2 dan persekitaran sekolah tu walaupon la kan disiplin gila2 beb. Cikgu Fendi,sapa xkenal bohong la kan. Dulu gagah berani, badan sedap. Cikgu la katakan. Dia merangkap Tok Iman di Masjid area Pokok Sena, Kedah. Tapi aku baru dapat inform yang dia sedang sakit. Badan dia kurus semacam ja sekarang nie, dengan muka cengkong dia. Aku langsung tak ada syak yang dia ambik dadah @pun seangkatan dengannya. Aku rasa dia sekarang ini terkena buatan orang yang dengki dengannya. Aku tak paham la apa la salah cikgu tu sampai sanggop buat dia macam tu. Kalau dia tegor pun tuk kebaikan diri jugak. Ntah la, mungkin sapa-sapa yang buat tu mungkin berpuas hati kat dunia yang sementara nie,tapi laknat la kat Akhirat. Dia tu cikgu,kita kena la hormat dia. Bukan saja2 dia nak buat sesuatu. Aku kenal dia. Dia cikgu aku waktu Form 6 dulu. Aku sangat2 tak puas hati atas apa yang terjadi kat dia tu. So kepada kawan2 aku yang mana bersekolah @pun tidak dengan aku, sama2 la kita berdoa moga Cikgu Fendi sembuh dari sakitnya DAN si Penganiaya tu dapat balasan kelak yang setimpal dengan perbuatannya. To Cikgu Fendi, anggap la nie semua ujian Allah S.W.T (macam Cikgu ajarkan kami dulu). Thank Cikgu. Hope Allah Bless U.



Dari kiri Din, Aku, Lee, Pidurt N Mahfuz

11 October 2008

Balik Kampung!!!

ala..aku kena balik kampung la..dok rumah sorang2 bohsan gila..dah la member2 aku suma balik..adess..kena blik jgak nie..xleh jadi..jom balik kampung!!

10 October 2008

Keje Oh Keje

Ari nie ari jumaat beb. Keje la,kan kat Penang, bukan kat Kedah. Huhu, tapi rilekz je keja kat Penang nie walaupon nampak semak semacam je. Walaupon aku baru je ditukarkan kat tempat keja baru nie,xsampai g 5 bulan,aku dah boleh sekepala dah dengan membe2 kat sini. Sporting beb. Yang tua macam orang muda dan orang muda sentiasa muda. Huhu.. Lepas2 raya nie paham2 la keja bertimbun sebab cover balik yang sebelom raya punya. Tapi sebagai lelaki dah pekerja yang berkomitmen tinggi, aku tempuh dengan selambe ja (perasan nak mampos)..Huhu..Kat sini da sikit gambaran tempat keja aku..

4 Royal Butter Fun

For Peminat2 Butterfinger,aku ade 2 lagu tuk korang ambik dari album terbaru Butterfinger - Kembali..JUst 4 InDie MusiC..

Butterfingers - Maharani


Butterfingers - Maharani:

Download MP3 (Ziddu)




Butterfingers - 1000 Tahun (Mahu Hidup)


Recommended!

Butterfingers - 1000 Tahun (Mahu Hidup):

Download MP3
(Ziddu)

Cinta Ibarat Menunggu Bas

Cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, ko nengok bas tu dan ko kata pada diri ko,
"Eee...penuhnya. ..tak de tempat duduk."
Jadi, ko katakan pada diri ko,
"Aku akan tunggu bas yg lain."
Ko pun biarkan bas tu berlalu dan ko tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Ko nengok bas tu dan ko akan cakap,
"Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan."
Jadi, ko pun biarkan bas buruk tu berlalu dan ko bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni ko kata,
"Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi ko biarkan bas tu berlalu dan ko bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru ko perasan yg ko pula dah terlambat rupanya. Ko mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah ko sedar bahawa...Ko dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni ko dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg ko nak....

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah ko dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk ko?

Jadi, mengingini apa yg ko idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau ko sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya ko dapati "bas" itu tak sesuai dengan ko, apa yg perlu ko lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi...aku pasti ko semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Ko nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg ko nanti-nantikan) , ko tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak ko dan terus berlalu tinggalkan ko!

....Bila ada bas yang lalu melintasi aku macam tu, apa yang aku lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, ko akan terjatuh dan menyakiti diri ko sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada ko nak naik dan beri peluang pada bas tu...
semuanya terpulang pada diri ko.

Dan bila ko berjalan, ko sebenarnya cuba melarikan diri daripada Cinta!

09 October 2008

سياڤا كيت ؟

سياڤا كيت ؟ كيت اداله همبا الله
سياڤا كيت ؟ كيت اداله انسان يڠ كردل
سياڤا كيت ؟ كيت اداله اومت نبي محمد ساو
سياڤا كيت ؟ كيت اداله ڤڠانوت اسلام
سياڤا كيت ؟ كيت اداله بڠسا ملايو

واهاي كاون-كاون كو سكالين
كالاو كيت تاو سياڤا كيت تقكن كيت نق بياركن بڠسا ملايو كيت هنچور
تقكن نق بياركن بڠسا ملايو كيت هيلڠ دمات دنيا
سدركه كه بهاوا كيت اداله بڠسا يڠ تله ترهاكيس نيلاي-نيلاي ايتيكا عقيبة ڤڠروه بڠسا زياونيس دالم بڠسا ملايو سنديري اد زياونيس
تاو كه كيت زياونيس برتاڤق د إسرائيل. كمودين ك لاين-لاين نڬارا بارت
برساتوله واهاي بڠسا ملايو
جاڠن بركيرا ساڠت ڤاسا ڤاهمن ڤوليتيك
سايڠكن ساڠت ڤوليتيك اتاو بڠسا ملايو اكن هنچور
سام-سام له كيت ممبينا كقواتن فيزيكل
سام-سما له كيت ممبينا كقواتن مينتل دان روحاني
كران ايتله سنجات يڠ كيت اد
نق ڤڬڠ ايكونومي تق بوليه. ڤڬڠ ڤوليتيك. ڤوليتيك كين ترهاكيس
سدرله اڤ يڠ جادي ڤد انق-نق كيت
سدرله كيت اڤ يڠ اكن ترجادي كڤد چوچو-چوچو كيت دان سڬالا كتورونن كيت
هيدوڤ ملايو
ملايو تيدق اكن هيلڠ ددنيا

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA AKU UCAPKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..
Maaf Zahir dan Batin..
Maaf Sekian Lama Tak Update Blog nie disebabkan banyak urusan yang perlu diselesaikan..
Mohon maaf..